Dibatalkan

Translate Something

Menurut Abd Rasid Ismail, (2012) motif menjadi unsur visual yang utama dalam karya seni dan ia juga merupakan imej yang dihasilkan bagi mengindahkan sesuatu hasil seni termasuk tekstil. Pereka tekstil dalam penghasilan sesuatu reka corak batik biasanya mendapat ilham daripada alam persekitarannya. Seni tekstil tanpa corak dan motif akan dilihat lesu ataupun hambar. Terdapat pelbagai motif yang biasa digunakan sebagai ragamhias senireka corak tekstil tradisional Malaysia. Antara motif-motifnya ialah motif kosmos (unsur alam), geometri, flora dan fauna. Ia disusun dengan berbagai rupa dan gaya persembahan yang tertentu bagi menarik minat ramai terutama yang berminat dengan reka corak tekstil. Sumber alam semulajadi seperti flora dan fauna yang terdiri dari berjenis-jenis bunga-bungan, daun-daun, pokok-pokok menjadi inspirasi kepada pereka tekstil. Menurut Constance Ong (1970).[see: Abd Rasid Ismail, 2012] menjelaskan bahawa perusahaan menghasilkan batik(fabrik) di Semenanjung Malaysia hanya bermula pada tahun 1930-an iaitu di Kota Bharu, Kelantan. Manakala di Terengganu pula, perusahaan membatik mula diperkenalkan pada tahun 1939 di Kuala Terengganu, Terengganu. Reka corak batik yang dihasilkan di Kelantan dan terengganu adalah berdasarkan motif alam semulajadi yang terdapat di sekitarnya. Tetapi kini motif yang diaplikasikan bukan sahaja daripada alam semulajadi tetapi dipelbagaikan lagi dengan motif yang lebih abstrak. Dalam penghasilan batik di Malaysia motif seperti sulaman Vietnam masih belum diketengahkan oleh pereka batik untuk dijadikan reka corak kontemporari.

Kemahiran: Terjemahan

Lihat lagi: need translate something french english, translate something indonesia, something translate, translate something german, translate something hindi english, translate something english, can write something english will translate spanish, translate bahasa indonesia kepada malaysia, translate something hindi

Tentang Majikan:
( 0 ulasan ) Malaysia

ID Projek: #7960187