Cipta produk yang mengubah hidup
Mulakan kerjaya yang mengujakan dengan Freelancer.com, sebuah syarikat teknologi yang berasaskan data dan berfokus pada produk di mana setiap pekerja secara langsung mempengaruhi, memberi impak, dan membina perniagaan.
Layari Kerjaya KamiLuaskan pasaran global kami
Pekerja kami adalah yang terbaik di dunia dan berada di pusat pembinaan dan pengembangan pasaran kami. Kami datang dari pelbagai latar belakang, mempunyai kemahiran yang luas, menyelesaikan masalah yang besar dan kecil, serta bekerja dengan banyak bahasa pengaturcaraan, platform dan teknologi. Kami adalah sebuah meritokrasi yang menyanjung tinggi inisiatif, inovasi dan keberhasilan.
- Ambil Alih
- Peningkatan Berterusan
- Didorong Oleh Data
- Jadi yang Terbaik & Upah yang Terbaik
- Ubah Kehidupan
Cintakan kerjaya anda
Ramai yang bekerja dengan kami dengan sebab yang berbeza-beza, bukan kelebihan yang biasa dinikmati di syarikat teknologi biasa. Mereka bekerja dengan kami untuk cabaran, skala dan teknologi sumber terbuka kami, dorongan untuk sentiasa meningkatkan kemahiran dan impak secara langsung anda terhadap perniagaan dan produk kami.

Kerja anda bukan sekadar menjadi sebahagian daripada sebuah organisasi yang tipikal. Anda akan didedahkan dengan kepantasan sebuah syarikat teknologi global yang sedang berkembang dengan pesat. Jika anda seorang yang cemerlang dan berbakat, mencari sesuatu yang lebih dari sekadar kerja yang membosankan dalam bidang korporat, ingin bekerja bersama mereka yang terbaik dan pintar, tidak mahu terikat dan ingin memulakan kerjaya anda dengan sebuah syarikat yang merupakan salah satu laman terbesar di Internet, maka sertailah kami.
Dapatkan faedah hebat
-
Papan Pemuka Terbuka
Papan Pemuka kami megandungi lebih daripada 5000 graf dan boleh diakses oleh semua pekerja kami. Anda dapat melihat apa yang CEO lihat.
-
Teknologi Canggih
Belajar teknologi terbaru, menyumbang kepada masyarakat dan bercakap mengenainya dalam perjumpaan biasa kami.
-
Birokrasi Sifar
Anda tidak perlu mengisi borang, bertengkar dengan peguam, atau duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa kerana anda sedang menuggu pengesahan dari pihak pengurusan.
-
Hackathon
Hackathon suku tahunan yang membolehkan anda untuk membina sebuah pasukan dan menggodam projek yang menyeronokkan. Anda boleh membuat kerja apa sahaja yang anda inginkan.
-
Produk Pengubah Kehidupan
Freelancer merupakan sumber pendapatan utama bagi ribuan orang diseluruh dunia. Kami benar-benar mengubah kehidupan dan anda boleh membantu kami membina produk yang meninggalkan kesan berpanjangan pada para pengguna kami.
-
Komunikasi Terbuka
Di Freelancer anda mempunyai 100% penglihatan dari hari pertama. Kami berkomunikasi secara terbuka, dengan laporan statistik setiap hari daripada saintis data kami, laporan produk mingguan dan pembentangan dialog awam di mana anda boleh bertanya CEO apa jua.
-
Pejabat
Bar dengan stok penuh, pool dan ping pong, permainan konsol, dapur dengan stok penuh, tempat duduk dengan meja terbuka, pasukan produk kecil, mesin cetak 3d, robot, dron, studio TV yang digunakan untuk siaran langsung, sebanyak mana monitor yang anda perlukan, dan pelbagai lagi...
Datang bekerja dengan kami!
Dengan pejabat di seluruh dunia, kami sentiasa mengambil pekerja.