
Marketing tentang Crowdfunding di pasaran Malaysia (Market Research, Plan Strategik, Pelaksanaan)
$750-1500 USD
Dibayar semasa penghantaran
■ Tentang kami
- Kami mengurus platform crowdfunding global, Airtripp Funding
[login to view URL]
- Untuk tahun ini (2019) kami telah menetapkan Malaysia sebagai sasaran market yang penting untuk syarikat kami
■ Premis
- Kami difahamkan bahawa di Malaysia, idea [Crowdfunding] masih asing dan hanya diketahui oleh orang yang fasih tentang bisnes online sahaja. Jika dilihat dari sudut bisnes pula, ia adalah sebuah pasaran yang masih boleh membesar.
- Oleh itu, objektif kami ialah untuk meluaskan lagi pengetahuan tentang [Crowdfunding] untuk rakyat Malaysia (terutamanya pelajar Universiti, dan orang berumur 20-an)
■ Intipati kerja
① Menyelidik tentang struktur/kaedah yang membuatkan sesuatu servis/produk di pasaran Malaysia
→ Selidik tentang servis/produk yang terkenal yang telah menjadi popular dengan mendadak, jenis-jenis servis/produk yang menjadi popular di Malaysia, dan juga selidik mekanisme yang boleh membuatkan sesuatu servis/produk menjadi tular dan popular
② Membuat keputusan tentang strategi/taktik untuk meningkatkan lagi kefahaman Crowdfunding
→ Berdasarkan keputusan selidikan ①, mencipta strategi/taktik untuk meningkatkan lagi kefahaman [Crowdfunding] di Malaysia
■ Struktur kontrak
- Kontrak full time (4~8h/sehari)
- Cuti di hujung minggu dan cuti awam (kalendar Malaysia)
■ Gaji
- Gaji tetap = 100,000 yen/sebulan
- Gaji prestasi = 0~200,000 yen/sebulan
■ Proses pengambilan kerja
1. Sila tuliskan laporan dalam lebih kurang 800 patah perkataan, tentang [Hipotesis awal/Anggaran] tentang 1 daripada 3 topik di bawah :
<Tema>
A - [Apakah ciri serupa(common feature) tentang produk/servis yang telah menjadi popular atau menjadi tular secara mendadak di Malaysia dalam 3 hingga 5 tahun ini?]
B - [Apakah struktur/kaedah yang ada di dalam servis/produk yang boleh membuatkannya popular di pasaran Malaysia?]
C - [Apakah strategi/taktik yang boleh digunakan untuk meninggikan lagi kefahaman tentang Crowdfunding di pasaran Malaysia?]
※ Sila hantar juga resume anda
2. Kami akan menilai keputusan ujian laporan, dan hanya pemohon yang lulus sahaja akan dihubungi untuk interview online
※ Walaupun seseorang pemohon itu lulus, jika pemohon tidak bersedia untuk interview online (tidak ada webcam, signal internet tidak bagus, dll), pemohon itu akan dianggap gagal.
3. Pelaksanaan interview online (30 minit)
4. Pemilihan terakhir
■ Syarat wajib
- Tinggal di Malaysia
- Fasih bahasa melayu dan bahasa inggeris
- Boleh dihubungi serta merta
- Boleh mengambil tanggungjawab atas kerja yang diberi
- Fasih dan berpengalaman tentang marketing di pasaran Malaysia
■ Syarat yang disyorkan
- Pernah bekerja di syarikat marketing seperti McCann, FCB Kuala Lumpur dan Isobar Malaysia
- Pernah bekerja di syarikat consulting firm seperti Mckinsey dan BCG
■ Peralatan/equipment yang diperlukan
- PC
- Sambungan internet yang STABIL
- Akaun Google yang boleh akses Google Document
Kami mengucapkan selamat mencuba kepada para pemohon!
Sila hubungi kami sekiranya ada pertanyaan!
ID Projek: #18591694
Tentang projek
4 pekerja bebas membida secara purata $1225 untuk pekerjaan ini
Hi, Saya berminat dengan kerja yang ditawarkan. Sila hubungi saya, supaya saya boleh menghantar laporan dan resume untuk rujukan pihak tuan. Saya mempunyai lebih 13 tahun pengalaman dalam bidang pengurusan projek. Lagi