Jana USD 50 dengan Membuat Panggilan kepada Rakan dan Keluarga

Ditutup Disiarkan 4 tahun lepas Dibayar semasa penghantaran
Ditutup Dibayar semasa penghantaran

Salam Sejahtera,

Peluang kerja dari rumah dan masa yang fleksibel. Buat 4 panggilan kepada rakan dan seisi keluarga, setiapnya berlangsung selama 15 minit bila-bila masa atas kemudahan anda. Anda akan dan dibayar USD 10 (≅ RM 40) untuk setiap panggilan dibuat dan diluluskan, tetapi jika anda melengkapkan kesemua 4 panggilan, anda akan menerima lebih USD10, yang bermakna anda layak untuk mendapat USD 50 (≅ RM 205).

Sekiranya anda berminat, sila daftar di sini:

[login to view URL]

Untuk makluman anda:

• Panggilan tanpa kos - Panggilan dibuat melalui platform dan kami akan membayar caj panggilan tersebut

• Tiada sebarang data identifikasi peribadi akan disimpan

• Pembayaran - Anda disarankan menggunakan akaun Paypal untuk menerima pembayaran anda setelah panggilan diluluskan, disebabkan oleh caj pengeluaran lebih rendah

• Topik perbualan - anda boleh membuat panggilan kepada rakan atau keluarga dan boleh berbual tentang apa sahaja dan merangkumi lebih dari satu topik – contoh, destinasi impian untuk bercuti, resepi untuk masak, hobi masa terluang

Syarat Penyertaan:

• Berumur 18 tahun ke atas, lelaki sahaja

• Penutur asli Bahasa Malaysia (kedua-dua pemanggil dan penerima)

• Menetap di Malaysia

• Belum lagi menyertai projek ini untuk lebih dari satu jam, sama ada sebagai pemanggil atau penerima

• Bersetuju untuk dirakam bagi tujuan projek ini

• Memiliki telefon bimbit tersendiri

Latar Belakang:

Appen sedang menjalankan projek pengecaman tuturan berskala besar dalam Bahasa Malaysia untuk membantu klien kami dalam merealisasikan tindakbalas suara interaktif ataupun interactive voice response (IVR) dengan kecerdasan bantuan untuk generasi seterusnya dalam sektor servis khidmat pelanggan. Matlamatnya adalah untuk mesin berinteraksi dan bertindakbalas kepada pertanyaan pelanggan dalam segala senario harian, seperti perbankan, hospitaliti, dan lain-lain lagi, tanpa input ataupun input yang minima. Anda boleh baca mengenai sistem IVR dengan lebih lanjut di sini.

Demi mencapai objektif ini, kami sedang mengumpul sampel pertuturan untuk perbualan umum orang ramai melalui perbualan telefon bagi tujuan penyelidikan dan latihan mesin.

Sekian, Terima kasih

The Appen Global Team

English (US) Translator Penterjemah Bahasa Melayu

ID Projek: #18564309

Tentang projek

2 cadangan Projek jarak jauh Aktif 4 tahun lepas

2 pekerja bebas membida secara purata $50 untuk pekerjaan ini

FARHANHAMIZI

I worked for an education company that had many courses including science, information technology, secretary, language & administration management. Working in such an environment can give me any specific translation sk Lagi

$50 USD dalam 10 hari
(0 Ulasan)
0.0
Nurin18

Saya seorang pelajar universiti yang mahir bertutur dalam bahasa melayu dan akan melakukan tugas ini dengan sebaiknya.

$50 USD dalam 9 hari
(0 Ulasan)
0.0